Tragedi | Remaja perempuan 13 tahun ditemukan jatuh dari tingkat 11

2022-09-22 2

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian bumbung tempat letak kenderaan kondominium, kira-kira jam 6.30 pagi dan kejadian disedari oleh ibu mangsa.